Wednesday, 22 August 2012

Baju Raya Saya Tahun Ini .


Dalam gambar ini , ada saya dan abang abang saya . Untuk hari raya tahun ini saya dan famili saya memakai baju warna coklat. Saya tidak menggunakan apa-apa aksesori . Saya memilih baju raya itu kerana saya suka dengan coraknya . Saya beli baju ini pada hari yang terakahir di bulan puasa . Saya membeli baju ini dengan menggunakan duit bapa saya.


Jenis-jenis baju etnik di Singapura.

Cina : Cheongsam .
India:Sari  

Melayu :Kebaya dan Baju Kurung  

Arab :Jubah  

Thursday, 2 August 2012

Emel Rasmi jenis Undangan

Daripada: farhana@budaya.com.sg
Kepada: adlin@oceanview.edu.sg

Subjek : Penceramah Undangan Minggu Permainan Tradisional.

Adlin ,

Saya sudah menerima emel anda pada dua hari yang lalu . Saya ingin mengucapkan terima kasih atas undangan anda sempena Minggu Permainan Tradisional di Sekolah Menengah Ocean View . Dengan berbesar hati , saya menerima undangan anda. Berikut adalah perencian ceramah saya.

Pertama , ceramah saya akan berlangsung selama satu jam. Dalam satu jam , saya akan berkongsi pengalaman tentang beberapa permainan tradisional melayu. Saya akan berkongsinya dengan menceritakan tentang asal usul permainan tradisional seperti congkak.

Selanjutnya saya akan mengadakan sesi demonstrasi yang interaktif. Dalam sesi itu saya akan membuat demonstrasi bagaimana hendak bermain permainan tradisional itu dan akan menjemput beberapa orang murid untuk naik ke pentas untuk mencuba permainan tradisional itu. Jika murid-murid dapat bermain permainan tradisional itu dengan betul dia akan mendapat hadiah.

Terakhir sekali , saya akan memerlukan hadiah-hadiah untuk memberi kepada murid-murid yang dapat bermain permainan tradisional dengan betul. Saya juga memerlukan slaid titik kuasa untuk menunjukkan slaid untuk menunjukkan kepada murid-murid itu.

Saya berharap melalui ceramah saya inin , ia akan mengalakkan para pelajar untuk terus melastarikan permainan tradisional melayu Moga-moga ilmu yang ingin saya kongsi akan mendatangkan manfaat sehingga kita bertemu nanti.

Terima Kasih .

Yang benar ,
Farhana.

Thursday, 26 July 2012

Ada apa pada Gambar 2 ?

Arahan:
Teliti gambar berikut. Berikan pendapat kamu mengenai gambar tersebut. Gunakan SAMMBoB.
 
Di dalam gambar itu , ada beberapa murid sekolah. Murid-murid sekolah itu sedang bermain permainan tradisional yang bernama congkak. Mereka bermain congkak kerana ada latihan interaktif di sekolah atau mungkin pada waktu rehat mereka bosan dan mereka main permainan congkak itu. Aktiviti itu dilakukan di sebuah sekolah. Mereka melakukan aktiviti itu pada waktu sekolah . Mereka melakukan aktiviti itu dengan menggunakan guli dan tempat congkak itu. Saya mungkin berasa seronok kerana jarang kita dapat bermain permainan tradisonal seperti congkak.Watak yang menarik adalah watak yang sedang bermain permainan itu. Yang sedang mengatur guli . Nilai yang cuba memberitahu melalui gambar itu adalah supaya permainan tradisional tidak akan hilang di dunia.




Tuesday, 24 July 2012

Permainan Dahulu dan Sekarang

1) Permainan Tradisional Menarik . Berikan pendapat kamu.

Saya suka main permainan congkak . Saya suka main congkak kerana ia dapat mengerakkan otak kita dan dapat akan jadi lebih rapat dengan orang yang kita main congkak dan juga kawan-kawan kita. Congkak adalah permainan tradisional yang seronok kerana budak-budak suka bermain dengan guli. Kita juga boleh menjadi pandai dalam matematik kerana harus menghitung guli. Kita juga boleh menjadi pakar dan bagus dalam permainan itu. Dan tangan kita akan menjadi ringan dan senang untuk membuat kerja dan tangan kita juga boleh bersenam dengan main congkak.

2)Cara-cara untuk melestarikan(memastikan ia tetap ada) permainan tradisional Melayu di kalangan pelajar.

Kita boleh membuat peraduan siapa yang membuat congkak paling lawa sekali akan memenangi hadiah . Dengan itu , ramai akan cuba membuat congkak mereka sendiri dan boleh bermain congkak itu di rumah jika ada masa lapang. Kita juga boleh membuat sebuah pertunjukkan di sekolah sekolah di Singapura. Dengan itu , budak budak akan suka dengan pertunjukkan itu dan akan cuba bermain permainan itu dengan kawan-kawanya jika ada masa lapang. Kita juga boeh membuat cerita tentang permainan permainan tradisional di televisyen . Pasti ramai akan menonton cerita itu dan akan berminat untuk main permainan itu.

Permainan yang saya suka.

Saya suka main permainan di komputer. Kerana , permainan komputer lebih canggih dan menarik. Permainan di komputer juga ada banyak permain-permainan yang lain yang kita boleh cuba . Permainan di komputer juga ada yang menarik dan seronok .

Wednesday, 4 July 2012

Kebersihan sekitaran menjamin kebahagiaan

 Kita boleh menjaga kerbsihan kita dengan jangan membuang sampah sembarangan , jika kita membunag samaoh sembarangan tempat itu akan kotor dan nyamuk akan datang . Jangan juga membunag sampah di longkang-longkang kerana jika longkan itu kotor , nyamuk itu boleh membiak di sana kerana airnya bertakung. Kalau ada orang kebersihan ternampak seorang tekah membuang sampah , orang itu akan diasam atau pun membuat CWO di tempat yang kotor . Jika sekitaran kita bersih ,  orang akan bahagia . Orang akan bahagia kerana tak ada orang yang sakit . Bila ada orang yang telah terkena demam denggi , jiran jiran semua akan takut nanti dijangkit dan orang tidak bahagia . Jadi . kesbersihan sekitaran boleh menjami kebahagiaan dan menjaga persekitaran itu penting.

Cara cara kita boleh mencegah demam denggi .

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari . Cara cara untuk mencegah demam denggi daripada merebak , kita boleh memelihara kebersihan alam sekitar dan pasu bunga , tempayan buyung dan kolam harus sentiasa dibersihkan. Air yang telah lama bertakung seperti perangkap semut harus ditukarkan atau dibubuh ubat jentik-jentik . Letak garam atau minyak tanah ke dalam perangkap semut juga dapat mencegah pembiakan nyamuk aedes. Selepas itu Kemetirian Kesihatan boleh menghantar pegawai -pegawainya memeriksa setiap isi rumah bagi memastikan tiada tempat-tempat yang boleh pembiakan nyamuk aedes. Para penghuni juga diingatkan menjaga kebersihan kawasan sekitar rumah mereka.

"Aku Seekor Nyamuk Aedes"

Aku seekor nyamuk Aedes . Aku berwana hitam dan putih . Kitaran hidup aku bermula dengan telur selepas tu menjadi larva .Selepas beberapa hari larva itu menjadi jentik jentik dan akhirnya ia akan menjadi nyamuk ! Aku bertelur di tempat-tempat yang adanya air yg bertakung. Proses itu mengambil dalam 7 hari untuk menjadi nyamuk . Aku boleh bertelur 3 kali dalam seumur hidup dan dalam 100 telur akan dihasilkan. Aku menghisap darah pada waktu pagi dan malam . Telur itu boleh diletakan di tempat yang kering selama 9 bulan. Seekor nyamuk janka hayat adalah dalam 2 minggu . Aku juga akan berjankit kira kira 7 hari selepas aku suda gigit seorang dan orang itu akan membawa virus Aedes . Itu saja tentang hidup aku . Bye .   

Tuesday, 17 April 2012

Peribahasa Menengah 2

Pada pendapat saya , belajar peribahasa boleh menyeronokkan. Peribahasa adalah warisan kita, jadi kita patut berusaha mempelajarinya.Belajar peribahasa juga berguna. Kita boleh tulis karangan kita menggunakan peribahsa jadi ia lebih menarik.Saya akan hafal senarai peribahasa.

Monday, 26 March 2012

Saya telah memilih lagu ini . Oleh Taufik Batisah .
Lagu ini dinyanyikan oleh Didicazli dan Sleeq bertajuk  Impianku .

Wednesday, 21 March 2012

Ada apa pada gambar ?




Gunakan teknik SAMMBoB untuk berbicara tentang gambar-gambar di atas.
Panduan (SAMMBoB):
1.Siapakah yang terlibat dalam gambar itu ?
-Ada seorang makcik , polis dan murid-murid .
-Murid-murid itu sedang menonton persembahan .
-Ada guru-guru juga di sana .

2. Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat ?
-Mereka sedang membuat persembahan .
-Ada patung-patung dan pameran untuk menghiburkan orang-orang yang datang ke Muzium Bukit Chandu.

3.Di mana pekara itu dilakukan ?
-Pekara itu dilakukan di Muzium Bukit Chandu.

4.Bila pekara itu berlaku ?
-Pekara itu berlaku di waktu sekolah .
-Budak-budak itu ada darmawisata dan mereka melawat Muzium Bukit Chandu.
-Mungkin mereka ada projek yang harus dilakukan mengenai sejarah singapura.

5.Perasaan watak-watak ?
-Mereka berasa gembira kerana dapat menghiburkan murid-murid dan orang-orang yang melawat tempat itu .
-Murid-murid itu pun berasa gembira dapat melihat persembahan dan pameran-pameran di Muzium Bukit Chandu .

6.Perasaan kau mengenai adegan itu ?
-Perasan saya mengenai adegan itu adalah gambira kerana murid-murid itu bertuah dapat melawat tempat-tempat yang ada sejarah tentang singapura .
-Jadi mereka boleh tahu lebih tentang singapura , dan ada banyak pameran ayng boleh kita lihat di sana .

7.Apakah yang kamu pelajari dari adegan itu ?
-Saya boleh pelajari lebih tentang sejarah singapura .
-Saya juga boleh pelajari tentang apa yang saya belajar di sekolah .
-Dan boleh dimasukkan di dalam pelajaran saya  .

Tuesday, 20 March 2012


Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Nujum Pak Belalang.

Siapakah yang terlibat dalam klip video ini?
-Ada dua orang penyamun .
Apakah yang dilakukan oleh watak-watak yang terlibat?
- Mereka sedang mengira dan membahagikn duit duit .
Mengapakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan demikian?
- Mereka melakukan itu sebab mereka mencuri harta harta raja .
- Mereka ingin membahagikn duit itu sama rata .

Di mana perkara itu dilakukan?
-Pekara itu dilakukan di dalam gua .

Bila perkara/kelakuan ini berlaku?
-Pekara itu dilakukan selepas mereka sudah mencuri harta harta raja, mereka terus ke gua dan membahagikan duit itu .

Bagaimanakah watak-watak itu melakukan perkara/kelakuan itu?
-Mereka cuba membahagikn dengan sama rata , tetapi mereka selalu cakap tidak adil .
-Mereka bahagikan duit itu bergiliran .
-Dan apabila ingin membahagikan duit tersebut , mereka akan memakai songkok .

Perasaan watak-watak?
-Mereka berasa tidak adil , kenapa yang satu banyak dan mengapa yang satu sikit .
-Jadi , mereka akan mulakan semula dalam membahagikan duit duit itu .

Perasaan kamu mengenai adegan itu?
-Saya rasa adengan ini lucu . Kerana apabila selepas yang satu penyamun membahagikan selepas tiga , dia sudah tidak tahu kira . Jadi , dia mula mengikut apa yang kawan nya ckp .
 
Apakah yang kamu pelajari daripada adegan itu?
-Apa yang saya pelajari dari adegan itu adalah , kita harus pandai maths . Jadi tak susah kita nak kira .
 
Bagaimanakah kamu dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adegan itu dalam kehidupan kamu seharian?
-Saya harus pandai dalam maths jadi boleh dapat kerja bagus .


Satu filem klasik yang saya suka tonton adalah filem Pendekar Bujang Lapok  .


Siapakah yg terlibat dalam klip video ini ?
- Bedasarkan klip video diatas , ia melibatkan Pakcik ,Ajis , Ramli dan Sudin .


Apakah yg dilakukan oleh watak watak yg terlibat ?
-Pakcik itu sedang membaca mambang mambang.
-Ajis , Ramli dan Sudin sedang mendengar apa pakcik itu baca dan cuba menulis.
- Dan apabila pakcik itu suruh mereka bacakan apa yg telah mereka tulis , semuanya salah. Mereka buta huruf.


Mengapakah watak-watak itu melakukan pekara/kelakuan demikian ?
-Mereka semua tidak boleh baca kerana buta huruf .


Di mana pekara itu dilakukan ?
-Pekara itu dilakukan di rumah pakcik tersebut .


Bagaimana watak watak itu melakukan pekara /kelakuan tersebut ?
-Mereka cuba mendengar apa pakcik itu sedang bacakan.


Perasaan watak watak ?
-Mereka merasa bodoh .


Perasaan kamu mengenai adengan itu ?
-Saya rasa ini lucu , tetapi kita harus cuba memberi perhatian dan jangan hanya bercakap sahaja .


Bagaimanakah kau dapat menggunakan apa yang kamu pelajari daripada menonton adengan itu dalam hidup kamu seharian ?
-Saya harus lebih banyak berdiam dan dengar apa yang guru ajar di sekolah supaya saya tidak akan tak tahu apa yg sepatutnya dilakukan.

Wednesday, 18 January 2012

Selamat Datang ke Lelaman Blog Iffah

Salam sejatera . Nama saya Iffah Umairah , saya bersekolah di Sekolah Menengah Springfield . Saya berumur 14 tahun.Saya hanya ingin berkongsi pengalaman seharian saya. Saya suka berbasikal , makan dan macam macam lagi .Saya berharap dengan menulis blog, saya dapat membaiki penulisanku dalam Bahasa Melayu. Komen atau pendapat rakan-rakan saya amat saya hargai.